KEKUATAN


1) Meningkatkan Daya Ingatan
- Apabila kita menggunakan peta minda di dalam proses pembelajaran ianya dapat meningkatkan daya ingatan seseorang. Hal ini demkian kerana peta minda ditulis secara ringkas dan tidak memerlukan huraian yang panjang, jadi perkara ini memudahkan seseorang untuk menghafal isi-isi  penting dalam pembelajaran.

2) Menarik minat seseorang untuk belajar
- Melalui peta minda kita dapat menarik minat seseorang untuk belajar dengan cara menggunakan pelbagai bentuk dan warna yang menarik untuk menghiasi peta minda tersebut. Dengan cara itu, kita tidak akan mudah berasa bosan dan merasakkan belajar menggunakan peta minda lebih menarik.

3) Boleh mengeluarkan isi yang lebih kreatif
- Apabila kita menggunakan teknik peta minda dalam proses pembelajaran kita akan lebih cenderung  mengeluarkan idea-idea yang kreatif hal ini. kerana kita dapat mengenal pasti isi utama pembelajaran tersebut.

4) Dapat digunakan untuk merancang aktiviti harian
- Peta minda juga dapat digunakan untuk merancang aktiviti harian dengan baik. Kita dapat melakukan aktiviti harian dengan lebih teratur apabila menggunakan teknik peta minda. Hal ini kerana kita boleh merancang terlebih dahulu tentang aktiviti yang hendak dilakukan

Comments

Popular posts from this blog